Penghijrahan ini..

sungguh sadis rasenya bila terkenang2.. ’sahabat’2 yg pernah bersama dulu pergi dgn pengetahuan..tetapi ditinggalkan kan kita sorang2 disini..hmm. dalam hati, rase terkilan, patut la smp satu tahap aku merasakan tiada siapa di sisi ku..
Adakah ini boleh diumpamakan seperti mahu masuk syurga sorang2?.. agak emo, tp xpe la.. biar la Allah sahaja yg menilai.
ok..off here..
Add comment February 10, 2010
For The Rest of My Life
Layannn…En.Abang tgh busy bekerja, anak-anak tgh main kat bilik mainan.. ummi?
Add comment February 3, 2010
Takde Tajuk =)
fuhh…sangat malas lak nak update blog lately. xpe xde sape nak baca pon…just for me & myself =)
nak update sikit la a few things:
Fateh: Eid Milad~3y =)
- 23/12/09 lepas, fateh dah memanjat usia 3 tahun. bangun awal, sbb nak kena ikut hantar ummi gi interview. since birthday fateh tahun ni jatuh pada hari rabu, maka tiada sambutan apa2 dibuat..since ummi pon sibuk duk ’study’. weekend tu abi bawa kami sekeluarga ke nilai 3..abi janji nak beli hadiah fateh.. tapii.. x ketemu yg dicari. postponed ke xde terus abi?..(ummi yg tanya ni..hehe). as from ummi, cukup la satu hari tu x marah fateh langsung..biar aje la ape die nak buat..tiada ‘no no’ utk hari itu.. huhu. ummi juga ade ber’niat’ utk start mengajar fateh membaca..(ummi nak kena study buku read easy balik..lame betol tertangguh..isk2). harap2 nye tahun ni x tangguh2 dah..abi, pls remind me ya!
- ramai jugak yg ada tanya2 fateh dah gi school belum.. jawap nye belum. abi kate tunggu fateh 4y kan? ummi ok je..itupon kalo nak hantar early pre school pon nak pilih yg jenis mcm playgroup tu, and of course islamic too. dah survey, cuma tunggu $$ je ;-p ade cadangan?
Amna yg GoodGirl
- update ttg amna lak, now at 9m sedang practice berdiri sendiri..yes, tanpa pegang/berpaut pd mana2. bila dah berdiri sudah mula menapak beberapa langkah.. agak2 bila pandai berjalan ye..mcm x lama lagi je. lepas ni boleh la main kejar2 dgn abg fateh
- dah makan mcm2..tapi gigi non ada lagi. so masih mkn bubur halus mulus buatan ummi as main dish. tambahan yg lelain makan aje ape yg di suap..good2! biar abg fateh tercabar sikit..haha
itu aje setakat ni.. pesanan utk abi, kita punya retreat bila??..better late than never!
1 comment January 4, 2010
Tasbih Fatimah
Baca tajuk je, mesti ramai yg dah tahu.. saje la ummi nak share dgn kwn2.. tapi sebenarnya utk diri sendiri.. daripada selalu mengadu kepenatan baik amalkan tasbih ni..(abi mesti tersenyum baca ni
)..
Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam. Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca *takbir (a) sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih (b) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (c) sebanyak tiga puluh tiga kali*. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.
(a) Allahu akbar (takbir)
(b) Subhanallah (tasbih)
(c) Alhamdulillah (tahmid)
Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: “La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim)
sumber: sini
Add comment October 28, 2009
Melatih anak berkata benar
Kisah 1:
- Kami sekeluarga makan di sebuah restoran. al kisahnya, fateh yg boleh dikatakan agak ‘picky eater’ seperti biasa tak nak makan. asyik nak minum air je. jadi kami buat deal, makan nasi dulu baru dpt air. fateh pun makan la nasi kat pinggan dia tu. kejap2 ummi jeling la pinggan fateh, tgk nasi berkurang la juga(baca: fateh makan). so, bile tgk nasi dah tinggal sikit, baru la kami bagi fateh minum air ais kegemaran dia tuh. sekali bila ummi suh habiskan lagi sikit nasi, fateh dah tak nak. entah mcm mane ummi ternampak macam nasi kat bawah kerusi fateh, nak kate terjatuh mcm banyaak je nasi kat bawah tu.. kami duk ingat fateh makan nasi, tapi rupa2nya dia buang nasi bawah kerusi!!..
Kisah 2:
- Ummi mmg selalu pesan pada fateh tentang barang yang ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ dia main. yelah budak2 kan semua benda die ingat mainan. Ni nak cite pasal hp ummi.. agaknya mmg fateh dah lama mengidam nak pegang2+main tekan2 hp ummi yg boleh lipat2 tu.. selalu ummi letak kat tempat yg x boleh dicapai oleh anak2. entah macam mane satu hari ummi just letak atas meja je..then pegi mandi. kuar2 dr toilet, tengok2 fateh dah takde kat dlm bilik..(patut la senyap jer) tetiba nampak fateh tgh kalut2 letak balik hp ummi atas meja..hmm.. ape lagi bercekak pinggang ummi ni.. bila tanya fateh buat ape tu..pandai lak dia jawab “xde pape lah”. bila ummi check hp tu.. wah! wah!..banyaknye no yg dia dah dail..
Antara panduan yang boleh diikuti oleh ibu bapa terhadap tarbiah yang perlu diterapkan dalam diri anak pada peringkat ini termasuk:
. Mendidik anak supaya taat dan menghormati kedua ibu bapanya dengan menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya amat besar dan mereka perlu memahami dan menghormati kedua-duanya. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan mesra dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.
· Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang lebih tua daripadanya. Mereka perlu disedarkan bahawa guru adalah orang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu, manakala orang lebih tua adalah orang lebih berpengalaman daripadanya.
· Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik iaitu dengan melatih mereka supaya bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan kata yang baik. Ini kerana, kanak-kanak begitu sensitif dan mudah terikut-ikut terhadap apa yang didengarnya.
· Mendidik anak adab bergaul dengan rakan. Mereka harus diingatkan supaya tidak meninggi diri dan jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
· Mengajar anak akan adab makan dan minum yang baik dan mengelakkan sikap tidak sopan sebaliknya mereka perlu dilatih dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.
· Mengajar mereka dengan adab berpakaian yang bertujuan menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
· Mengajar adab tidur dan bangun dari tidur iaitu sebaik-baiknya mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum tidur dan membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.
· Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas iaitu cara membuang air dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, membelakangkan kiblat dan sebagainya.
Kesimpulannya, anak adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak mereka kecil supaya apabila besar kelak mereka menjadi anak salih dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya.
Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan mencorak dan melukiskan dengan warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.
Add comment October 21, 2009