.:: Experiment, Experience & Enjoy ::.


Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

a. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Note: Petikan dari forward email.

Comments on: "Doa & Amalan Untuk Memperolehi Zuriat" (29)

  1. Assalamualaikum,

    Bersyukur kehadrat Ilahi yang maha sempurna, dan sebesar rahmat kepada junjungan Nabi Muhamad S.A.W. beserta para keluarganya & sahabat2nya, dengan ruangan yang penuh informasi & nasihat oleh ustazah ini saya amat bersyukur walaupun belum mendapat kurniaan cahayamata namun Allah S.W.T amat mengetahui setiap hak makhluknya & insyaallah saya tetap akan meneruskan usaha bersama suami tersayang untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. supaya mendapat secebis belas kasih dari Allah yang maha Agung. Saya berharap semoga ustazah dapat juga mendoakan saya supaya mendapat kurniaan dari Allah S.W.T. yang maha pengasih. Terima kasih dan Wasalam.

  2. salam T, thanks sudi singgah di blog saya :-)

    Usaha tanpa kenal putus asa, dan yakin lah akan janji² Allah. Dia Maha mengetahui apa yg terbaik buat semua hamba Nya.

  3. salam, pelbagai usaha telah dibuat namun masih belum ada rezeki….namun saya tetap yakin dengan kasih sayang dari YANG MAHA ESA……… segala tohmahan dan sindiran semoga menjana pahala untuk diri ini dan suami…. yang memahami, doakan semoga rezeki saya mendapatkan zuriat akan menjelma jua….amin………….

  4. salam…
    semoga doa-doa kalian dimakbulkan oleh Allah s.w.t..teruskan berdoa disamping usaha yang berterusan.. InsyaAllah dimakbulkan olehNya..amiiinn..

  5. tq mai for the motivation ;-)

  6. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah saya telah dapat apa yang saya cari di dalam ruangan ustazah iaitu doa untuk mendapat zuriat..saya berharap ustazah juga dapat mendoakan untuk saya kerana Allah semoga dengan izin Allah saya dikurniakan zuriat dan ditabahkan hati. Amin Ya Rabbal Alamin…Terima Kasih..

  7. asiah ahmad said:

    Assalamualaikum.

    Dengan adanya panduan ini memberi saya kekuatan untuk terus berusaha untuk mendapatkan zuriat walaupun berbagai usaha telah dilakukan. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi mengetahui. semoga sahabat-sahabat yang senasib tidak pernah putus asa. Setiap apa jua yang berlaku ada hikmah disebalinya. terima kasih.

  8. ibu naufal said:

    assalamualaikum..

    Saya dah hampir 4 tahun pelbagai usaha dah dicuba, tapi belum berhasil memberikan zuriat untuk suami tercinta..Sesungguhnya hidup kita ini penuh dengan dugaan dan cabaran…kta anara insan yang terpilih olehNya…insyaallah adalah rezeki kita semua nanti…semoga kita semua terus tabah dan selalu berdoa dan tak putus asa..

  9. azuna razman said:

    assalamualaikum…

    saya Azuna telah 5 tahun berusaha dan mencuba dan iktiar utk memperolehi mempunyai anak tanpa putus asa..saya yakin saya dan suami sedang diuji kesabaran dan keimanan kami. Dan kami tau Allah tu Maha berkuasa, Maha agung ,Maha pemurah pada hambahnya, kami yakin kami akan memperolehi cayaha mata juga nanti…sesungguhnya kami yakin kekuasaanNya!

  10. saya sentiasa bersoa semoga dikurniakan zuriat…namun doa itu tidak pernah putus dibibirku..walaupun hati sentiasa bergelora diuji dengan pelbagai cabaran…kesabaran dan keimanan kami diuji oleh allah s.w.t..dan kami yakin insyaallah bahawasanya allah tidak akan mengecewakan umatnya selagi umatnya percaya dan yakin akanNya. pasti kami akan memperoleh cahaya mata juga sperti keluarga yang lain…doakan kami..Dialah yang maha agung.

  11. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian, selepas 4 tahun berusaha akhirnya mengandung tetapi keguguran kini sudah nak masuk 6 tahun belum juga mengandung lagi. Memang ujian Allah ini amat berat tetapi perlu ditempuhi dengan tabah. apatah lagi bila umur hampir meniti ke angka 36 tahun.

  12. sabar ye kak..take care!

  13. Wahai Tuhanku…jika ini ketentuanMu…Aku Redha…Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doaku. Aminnnnn

  14. Salam tuan puan selamat berkenalan…semoga redha dan bersabar atas segala ujian dari Allah s.w.t..mungkin Allah nak bagi yang terbaik…

  15. Assa’kum…
    Sudah 3 tahun menunggu tapi belum dikurniakan zuriat.Mungkin d hikmahnya dan sentiasa bertawakkal disamping sentiasa berdoa tanpa rasa putus asa…Sesungguhnya setiap dugaan yang diberi oleh NYA akan mendekatkan diri kita kepadaNYA.
    Wassalam…

  16. munie & azrin said:

    assalamualaikum..

    syukur sy telah jumpa apa yang sy cari iaitu doa2 untuk mendapat zuriat..semoga Allah membuka jalan kepada kami berdua untuk mendapat zuriat…amin..ustazah tlg doa2 kan kami eh..thanks…amin..amin…amin..;)

  17. assalamualaikum wth..
    lama menanti kehadiran zuriat, namun 4 tahun dah berlalu.belum penah rasa nikmatnya mengandung, jauh sekali melahirkan..namun ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk.TQ sbb bg doa2 yg blh diamalkan.

  18. Alhamdulillah…Sungguh Agung Kebesaran Ilahi, saya telah mengandung 6 bulan dan panduan ini mengajar saya supaya lebih tabah menghadapi dugaan dan cabaran ibu mengandung….

    Kepada kawan2 semua yang masih mencuba, teruskan usaha dan berdoa… moga Allah mendengar doa kita semua…

    amin.

  19. insyaAllah saya juga mengharapkan kehadiran zuriat. kita

  20. Alhamdullah… Disahkan mengandung setelah 9 bulan berkahwin. Saya amalkan baca doa dari Surah Al Anbiyaa (Ayat 89) dan Al-i Imran (Ayat 38) sebanyak 3x selepas solat fardu setiap hari. Saya elak makanan masam, jeruk, jambu batu, cuka dan fast food. Syukur. Sebulan berpantang terus berjaya.

  21. salam,saya besyukur kepada allah yang maha penyayang,semasa saya br bekhwn 4 bln yg dulu saya disahkan mengandung tetapi rezeki saya untuk untuk menimbang cahaya mata tidak kesampaian apabila anak saya disah meninggal 5bln didalam kandungan,setelah 4thn belalu saya masih tidak dikurniankan zuriat sehingga ke hr ini..segala2 allah maha mengetahui…sy masih berusaha dgn membaca surah2 yg ustazah berikan.

  22. salam,
    saya dah 3 tahun berkahwin tapi masih belum di kurniakan zuriat. kadang2 tgk ank saudara geram jer.. baru2 ni akk sye baru melahirkan bayi yg comel..sedih la bila la nk rasa nikmat mengandung.

  23. Salam, Sesungguhnya dugaan Allah maha hebat.Setelah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun saya telah disahkan hamil,tetapi alangkah kecewa hati saya kerana saya mengalami keguguran setelah 4 bulan usia kandungan.Sekarang sudah 2 tahun selepas keguguran saya menanti rezeki Allah,namun belum ada lagi.Ya Allah ya tuhanku,kurniakanlah zuriat kepada kami ya Allah.Aku betul2 teringinkan cahaya mata bagi penyambung zuriatku.Amin

  24. Rakan2 yng diramati Allah sekalian..sesungguhnya kita patut berasa bertuah kerana dipilih olehNya untuk mengharungi dugaan dan cabaran dengan penuh keinsafan. Saya masih menunggu untuk mendapatkan zuriat setelah 2 lebih berkahwin..MArilah kita sama-sama berdoa agar kita dikurniakan anak yg boleh mendoakan kita apabila kita mati kelak…..Amin..

  25. Salam ustazah,terima kasih atas panduansurah-surah yang ustazah berikan..saya sudah setahun lebih berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat..hati ini memang teringin sangat menjadi ” UMMI “Tetapi belum ada rezeki kami lagi..hanya allah yang maha mengetahui segalanya..inlah ujian &dugan yg diberikan pada kami..mudah2an satu hari akan hadir penyeri hidup dalam rumahtangga kami.ustazah doakan yer…aminnn.

  26. salam ruzii, artikel ni sy c&p dr net. sharing for all.. mudah²an doa kita dimakbulkan Allah.

  27. TERIMA KASIH ATAS ARTIKEL DAN PANDUAN YANG DIKONGSI. SAYA DAN SUAMI HAMPIR 4 TAHUN MENUNGGU KEHADIRAN INSAN BARU DALAM HIDUP KAMI. KAMI TERIMA UJIAN ALLAH DENGAN SABAR , SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH DAN BERIKHTIAR KEARAH MENDAPAT ZURIAT YANG SOLEH DAN DIRAHMATI ALLAH. SEMOGA DOA-DOA BAGI SEMUA PASANGAN YANG MENGHARAPKAN ZURIAT INI AKAN TERMAKBUL. SEBAK DADA INI TATKALA MENULIS KATA-KATA INI. SESUNGGUHNYA KAMI AMAT BERHARAP. AMIN

  28. Sesungguh Allah Maha Kuasa dan mengetahui segala ciptaan.Semuanya adalah utk menguji kesabaran dan keimanan kita kepada yang Maha Agung.Kita masih blh mendapat anak dgn mengambil anak angkat (Anak2 Yatim Piatu), Kemungkinan kita ditakdirkan menjadi Ibu Bapa kepada anak2 tersebut.Mereka pun juga anugerah dari Illahi.

  29. aira alisyah said:

    terima kasih dengan artikel ini,dan ianya dapat memberikan panduan dan renungan, saya dan suami telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun, berbagai dugaan ditempuhi, berbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan zuriat sbgai penyeri rumahtangga ini namum tuhan masih belum memberi rezeki, alhamdulillah sokongan suami sentiasa disisi walaupun kadang-kadang terlhat wajah hampa, dan sedih takkala di tanya tentang anak, semoga doa-doa ini dapt membantu pasangan seperti kami..AMIN..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: