Posts filed under 'Fateh Imtiyaz'
Melatih anak berkata benar
Kisah 1:
- Kami sekeluarga makan di sebuah restoran. al kisahnya, fateh yg boleh dikatakan agak ‘picky eater’ seperti biasa tak nak makan. asyik nak minum air je. jadi kami buat deal, makan nasi dulu baru dpt air. fateh pun makan la nasi kat pinggan dia tu. kejap2 ummi jeling la pinggan fateh, tgk nasi berkurang la juga(baca: fateh makan). so, bile tgk nasi dah tinggal sikit, baru la kami bagi fateh minum air ais kegemaran dia tuh. sekali bila ummi suh habiskan lagi sikit nasi, fateh dah tak nak. entah mcm mane ummi ternampak macam nasi kat bawah kerusi fateh, nak kate terjatuh mcm banyaak je nasi kat bawah tu.. kami duk ingat fateh makan nasi, tapi rupa2nya dia buang nasi bawah kerusi!!..
Kisah 2:
- Ummi mmg selalu pesan pada fateh tentang barang yang ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ dia main. yelah budak2 kan semua benda die ingat mainan. Ni nak cite pasal hp ummi.. agaknya mmg fateh dah lama mengidam nak pegang2+main tekan2 hp ummi yg boleh lipat2 tu.. selalu ummi letak kat tempat yg x boleh dicapai oleh anak2. entah macam mane satu hari ummi just letak atas meja je..then pegi mandi. kuar2 dr toilet, tengok2 fateh dah takde kat dlm bilik..(patut la senyap jer) tetiba nampak fateh tgh kalut2 letak balik hp ummi atas meja..hmm.. ape lagi bercekak pinggang ummi ni.. bila tanya fateh buat ape tu..pandai lak dia jawab “xde pape lah”. bila ummi check hp tu.. wah! wah!..banyaknye no yg dia dah dail..
Antara panduan yang boleh diikuti oleh ibu bapa terhadap tarbiah yang perlu diterapkan dalam diri anak pada peringkat ini termasuk:
. Mendidik anak supaya taat dan menghormati kedua ibu bapanya dengan menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya amat besar dan mereka perlu memahami dan menghormati kedua-duanya. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan mesra dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.
· Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang lebih tua daripadanya. Mereka perlu disedarkan bahawa guru adalah orang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu, manakala orang lebih tua adalah orang lebih berpengalaman daripadanya.
· Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik iaitu dengan melatih mereka supaya bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan kata yang baik. Ini kerana, kanak-kanak begitu sensitif dan mudah terikut-ikut terhadap apa yang didengarnya.
· Mendidik anak adab bergaul dengan rakan. Mereka harus diingatkan supaya tidak meninggi diri dan jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
· Mengajar anak akan adab makan dan minum yang baik dan mengelakkan sikap tidak sopan sebaliknya mereka perlu dilatih dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.
· Mengajar mereka dengan adab berpakaian yang bertujuan menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
· Mengajar adab tidur dan bangun dari tidur iaitu sebaik-baiknya mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum tidur dan membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.
· Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas iaitu cara membuang air dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, membelakangkan kiblat dan sebagainya.
Kesimpulannya, anak adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak mereka kecil supaya apabila besar kelak mereka menjadi anak salih dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya.
Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan mencorak dan melukiskan dengan warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.
Add comment October 21, 2009
Raya ‘09
@ Kampar: Opah/Opah yang bersama famili Shah Alam
(tiada dlm gambar: famili along @ lipis, famili hamzah @ HK)
@ Seremban: cousin 1st batch~ana, ani, fateh
@ Muar: Ummi & Amna.. ade iras tak?
p/s:
1. Salam Aidilfitri.
2. Maaf Zahir Batin.
3. Ada sape2 buat open house??..
4. Jemput dtg beraya di teratak kami..
Add comment September 29, 2009
Usrati
oopss…ni bukan gambar pre-raya =)
taman ape ni x ingat..banyak betol taman berlandskap di putrajaya ni.. suke2
-> sepanjang ramadhan ni ummi rasa gembira sangaat!! Alhamdulillah.. ![]()
-> selamat all-out di 10 akhir ramadhan.. semoga ketemu dengan lailatul qadar
Add comment September 14, 2009
Fateh baca Al-Fatehah ;-)
pround abi & ummi
Setelah banyak kali sesi latih tubi menghafal al-fatehah dgn abi, inilah hasilnya buat mase ni..insyaAllah akan datang akan lebih baik..kan along?
Dah lame rasenya tak mencoret keletah2 anak di blog ni..ikutkan memang banyaaaak sangat nak stori, tapi..bile dah duk depan lappy ade je yg nak ‘join’ same.. hehe macam ni la kalau kerja dari rumah..suasana tu sentiasa havoc.. kalo kat ofis/cubicle sendiri sure aman damai je kan.. haha
emm, along skang ni dalam fasa nak bersosial/berkawan + belajar + ikut/tiru ape yg org keliling buat. tang bersosial tu ummi perasan bile setiap kali pegi mane2 pastu asal ade je budak2 baya die, mesti along pegi tegur..nak ajak main la tu.. kurang2 pon die cuit budak tu pastu die lari2..nak suh budak tu kejar die.. see.. akhirnya berlari2an budak2 ni.. kejap je dah jd kawan
tapi time kat masjid la x berapa nak sedap..ye lah org nak solat along and the geng sibuk main lari2.. camne ye nak biasa kan anak2 pegi masjid in the same time diorg boleh duduk diam2 either ikut solat/duk aje tepi abi ummi die??.. ade kwn2 nak share tak?
part belajar pulak, kalo abi/ummi ajar along akan ikut..if bacakan die buku ke majalah ke..mmg die duduk dengar dan ikut.. yang ni ummi nak kena perbanyakkan masa lagi untuk aktiviti macam ni..**masuk timetable heh =p
part meniru orang lak, haih! kalau ikut yang baik2 aje xpe..but tak jugak.. banyak betul pengaruh2 luar yang x elok. tv salah satu nya.. lepas ni tv nak kena simpan dalam stor ke??..
hmm..lagi ape yer..owh! along dah pandai bahasakan diri die ‘abang’ bile sembang2/main2 dgn amna..hihi so sweet
kalau abi ummi panggil die along die akan sengih2 suke..maybe die rase bangga sebab dah naik pangkat jd abang.. yeke??
sambung nnt..
Add comment July 21, 2009







