.:: Experiment, Experience & Enjoy ::.

Archive for March, 2007

Urutan Bayi -> Kaedah

Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

Manfaat

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

> Memperbaiki perjalanan darah.

> Merangsang deria.

> Mengurangkan tekanan.

> Memperbaiki sistem penghadaman.

> Meningkatkan daya ketahanan badan.

> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.

> Membantu memudahkan bayi tidur.

> Merangsang aliran oksigen dalam badan.

> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.

> Membantu perkembangan fungsi otot.

> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.

> Merangsang penghasilan hormon.

p/s: sumber komuniti mengandung.com

Advertisements

Urutan bayi -> Fakta

Faedah urutan bayi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Merangsang perkembangan bayi pra matang dan kumpulan yang perlu rawatan khusus

SENTUHAN dan belaian memang mempunyai kuasa ajaib kerana ia memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Hanya beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi.

Banyak bukti saintifik menunjukkan sentuhan dan belaian yang diberikan dalam bentuk urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi. Malah, urutan dikatakan rawatan alternatif terbaik untuk memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.

Urutan sangat penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang dan kumpulan yang memerlukan rawatan khusus seperti Sindrom Down, serebral palsi, asma, autistik, kanak-kanak yang mengalami gangguan pasca traumatik dan jangkitan virus HIV.

Bayi dalam senarai di atas biasanya mengalami masalah tumbesaran yang lebih lambat berbanding bayi normal dan dilahirkan cukup bulan. Kajian ke atas bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan) yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus yang membolehkan mereka keluar dari hospital lebih awal.

Bagi kanak-kanak istimewa, urutan antara rawatan yang sangat penting. Urutan ringan yang diberikan kepada bayi bukan saja boleh merehatkan, bahkan turut merangsang peningkatan fungsi otot dan memperbaiki kemampuan otot tangan dan kaki, terutama bayi Sindrom Down yang mengalami masalah otot kendur. Masalah ini menyebabkan mereka sukar bergerak dan berjalan.

Pengarah Bersama Institut Penyelidikan Sentuhan, Miami, Florida, Dr Maria Hernandez-Reif, berkata urutan boleh membantu meningkatkan fungsi motor (pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil) serta memperkemaskan otot bayi.

Banyak kajian menunjukkan urutan boleh menenangkan dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk berinteraksi dengan lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat urutan.

Apabila diurut, badan menghasilkan hormon oksitosin dan endorfin yang membuatkan kita selesa serta membantu meredakan ketidakselesaan akibat tekanan emosi. Malah, ada juga teknik urutan yang dapat mengurangkan masalah sinus dan hidung tersumbat.

Ada juga kajian mendapati urutan boleh mengatasi masalah kolik, iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dalam usus. Perkara ini biasa berlaku pada bayi sehingga menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.

Mengurut perut dengan perlahan beberapa kali bukan saja meredakan kesakitan, malah membuat bayi berasa lebih selesa. Pengamal rawatan alternatif ini percaya urutan pada perut bayi yang dilakukan setiap hari dapat mengelak masalah sekatan angin dalam usus.

Dianggarkan 60 hingga 90 peratus penyakit yang berlaku pada bayi disebabkan tekanan dan ia boleh diredakan melalui urutan. Urutan akan memberi ketenangan yang membantu merangsang kebolehan bayi untuk menghadapi tekanan.

Tekanan yang dialami bayi dan kanak-kanak sukar dikesan, kecuali melalui perubahan tingkah laku. Mungkin ada yang bertanya bagaimana bayi boleh mengalami tekanan pada usia semuda itu. Ketika diurut, bayi menerima dua perkara iaitu tekanan dan kelegaan.

Rangsangan yang diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pada kulit sebenarnya boleh menjadi sumber tekanan kepada bayi, tetapi ia diseimbangkan dengan suara, bau dan sentuhan ibu atau bapa yang mengurut mereka.

Urutan boleh mengurangkan paras hormon kortisol (hormon tekanan), membuatkan kanak-kanak tidur lebih nyenyak. Malah, kajian Institut Sentuhan Miami, Florida mendapati bayi yang diurut menunjukkan peningkatan sel darah putih yang bertanggungjawab mampu membunuh banyak sel tumor. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.

Lebih penting, urutan banyak manfaatnya kepada bayi pra matang. Kajian mendapati urutan mampu meningkatkan kemahiran motor dan merangsang perkembangan mental bayi.

Kajian Odense Hospital, Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan banyak perubahan positif, terutama pada pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan paras oksigen dalam darah.

p/s: sumber komuniti mengandung.com

Happy Birthday to Ummi!

From fatima

From iemah, my student, not officially, sbb x ajar die pon..heh!

from-amar.gif

From cyber pal @ should i call my best fren jgk lah, Amar Hanani

from am

From cik am, member jaipetra & upm. katenya dia yg buat kek ni, smp hati kasi tgk je.. mcm sedap jer 😉

 From hidayah

From Hidayah, member jaipetra jgk.. nice to meet you again in the net!

From Salmira:

A’kum wbt. Hepi besday…tuo dh mokcik..hehe Mg umurmu dbrkati n sntiasa dmurahkn rzki. B a gud wife n mother…b a gud Muslimah 4 ever…:) Slm ukhuwahfillah n slm perjuangan! Takbirrr!

>> thanks 4 the remembering

From 4zi:

epi besday andak.. moga success menjadi seorg ibu , isteri serta insan yg solehah. okey.. moga cepat kayo…!!! slamat ulangtahun noh. tata.

>> 1st time ade org doakan den cepat kayo..ameen! 😉

From Odah:

selamat hari lahir andak..semoga pjg umur & murah rezeki

From Nuha:

epi besday! alamak tlewat patut j12mlm td. hehe. sowi tertido. aya! apa pun smg 26 thn ini mdewasakan minda, hati dan perasaan dlm menghadapi hari2 mendatang. amin! may Allah bless u and ur family alwayz 4ever! amin! #m&n

>> camno plak ble tertuko date yer..hiks! ;-p

From Aye:

A big heart and a little cute bear are 4 u n fateh..hepy b’day to u! moga akan bertambah2 lg rezeki n dpt membina keluarga yg bahagia

From kLong a.k.a ummu amaani:

Mcm harijadi seseorg je hari ni 🙂 happy b’day! semoga dberkati Allah selalu

Malaikatmu

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia…

Dia bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?”

Dan Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia
akan menjaga dan mengasihimu .”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang
saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia.”

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia”

“Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?”

“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara.”

“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?”

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa”

“Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang
akan melindungi saya ?”

“Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam
jiwanya”

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan
mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun
sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu”

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari
Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya
harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?”

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ” IBU ”

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa
dan cintailah dia sepanjang masa….. Dialah sesatunya harta yang tiada
galang gantinya dunia akhirat….

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
dengan karenah anak-anak yang sedang membesar…sesungguhnya Syurga itu
dibawah telapak kakimu…

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

p/s: sumber dr fwd emel.

Eidul Milad Abg!+Ulangtahun Pertama Perkahwinan ;-)

Selamat Hari Lahir buat abg tercinta.. semoga bertambah iman & amal, dimurahkan rezeki 😉 , menjadi abi dan pemimpin keluarga yg cemerlang.. amin!

hajat nak wish pagi² tu, tp dah smp ke alam lain plak.. maka jadi la org last yg wish..huhu!

x perasan plak rupenya birthday abg sama ngan tarikh ulangtahun walimah kami = 11 Safar 1428 😉 double celebrations..wahwahwah! alhamdulillah..barokah hendaknye.

perasaan ummi, hmm..sedih ;-( sbb abg ade keje luar, outstation kat cameron highland. And 1st time ummi tinggal berdua je ngan fateh for the next 4 days.. xpe la belaja berdikari.. asyik² balik s.alam jer ;-p

p/s: abg, strawberry celup coklat satu!

Tag Cloud