.:: Experiment, Experience & Enjoy ::.

Archive for September, 2008

Ramadhan 1429 tiba lagi..

Ramadhan kareem!

Agak terlewat utk posting ramadhan, tp masih di dalam ramadhan yg mulia..so, ape nak tulis yer?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..masih lagi diberi kekuatan utk meneruskan ibadah puasa + yg sewaktu dgn nya. Awal² puasa keadaan kesihatan agak tidak mengizinkan, tp berjaya menggagahkan diri utk berpuasa juga..moga² terus diberi kekuatan utk meneruskan ibadah ini tanpa halangan. Paling best, ummi dah boleh masuk dapur semula(baca ‘dah boleh masak’)..rase²nya dah boleh handle fasa pening² ni..hmm 😉

Masuk minggu ke-2 berpuasa sempat menghadirkan diri ke majlis iftar(gathering) batch 3 @ rumah suria dan x-jaipetra klang valley @ azeezah station, ampang.

Dari kiri:
1. Sebelum berbuka: Girls batch 3 & isteri² batch 3 serta anak²
2. Lepas terawikh: Boys batch 3
3. Budak yg sibuk kutip coklat time org terawikh, bile balik umah br perasan poket die penuh dgn coklat. Kutip buat main jer, makannye tak. Ambikkan utk abi ummi die ..hehe
4. Sebelum balik, Eh! kebetulan pulak 😉
5. Abg dgn kwn baru die 😉

Gambar kat Azeezah station tu, iskh xde la pulak..kat kamera sendiri abi x byk snap gamba. maklum le meja penuh dgn makanan semua sibuk dgn makanan & anak jer time tu.. kalau ade nnt ummi upload kemudian.

p/s: ‘Takziah’ pd abu nu’man&ummu nu’man di atas ujian ramadhan yg menimpa kalian.

Advertisements

Wanita oh Wanita

Kelebihan kepada wanita hamil, bersalin dan menyusukan anak yang Allah berikan:

1. Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Rasulullah saw menyebutkan bahawa 2 rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita hamil membawa janin di dalam perutnya diaman janin itu turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan2 solat dan sujud bersama.
3. Wanita hamil medapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadaha di malam hari.
4. Rasulullah saw mengatakan bahawa wanita hamil akan memperoleh pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan ibu yang hamil membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga ia layak mendapat pahala di sisi Allah.
5. Pahala wanita bersalin. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya diberikan ganjaran satu pahala haji.
6. Rasulullah juga menyatakan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
7. Wanita yang menyusukan anaknya dengan susu badannya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikan.
8. Wanita yang menyusukan anaknya yang menangis akan diberikan ganjaran satu pahala solat dan puasa.
9. Kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 21/2 tahun maka malaikat di langit akan menyampaikan berita bahawa syurga wajib baginya.
10. Seorang ibu yang menghabiskan masa malam dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anak yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hmba dan akan diampunkan Allah seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

p/s: copy from blog k.nora. Nak tahu jugak sumber ‘al-aslu’ ttg kelebihan ni sbb dah byk dpt kat fwd email. Anyway its good sbg motivasi utk ummi dan semua ummi di luar sana 😉 Salam ramadhan al Mubarak!

Tag Cloud