.:: Experiment, Experience & Enjoy ::.

Susu Awal & susu Akhir


Hari ni jalan2 kat blog kwn2, jumpe satu post yg menarik.. 😉 tq mamaAna

humanbreastmilk1-300x133

Apa itu susu AWAL(foremilk) dan susu AKHIR(hindmilk)?
-susu awal (foremilk) adalah mengandungi air yang banyak (untuk hilangkan dahaga) kurang lemak dan tinggi karbohidrat.
-susu akhir(hindmilik) mengandungi kurang air dan lemak yang tinggi yang bertujuan untuk mengenyangkan bayi.

Oleh itu pastikan bayi anda mendapat kedua-duanya sekali setiap kali penyusuan dan setiap penyusuan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Bagaimana kita nak tahu bayi kita mendapat kedua-duanya ialah dengan melihat pada najis bayi tersebut.

Hijau – maknanya bayi anda hanya mendapat susu awal(foremilk) sahaja. Pastikan kalians meneruskan penyusuan sehingga 20 minit atau lebih. Bayi yang mendapat susu awal akan lebih cepat lapar.

Kuning – Bermakna bayi kalians mendapat susu awal dan akhir tanpa campuran susu formula atau makanan yang tak sepatutnya masuk sebelum 6 bulan.

Leave a comment