.:: Experiment, Experience & Enjoy ::.

Archive for October, 2009

Tasbih Fatimah

Baca tajuk je, mesti ramai yg dah tahu.. saje la ummi nak share dgn kwn2.. tapi sebenarnya utk diri sendiri.. daripada selalu mengadu kepenatan baik amalkan tasbih ni..(abi mesti tersenyum baca ni 馃槈 )..

Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam.聽 Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca *takbir (a) sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih (b) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (c) sebanyak tiga puluh tiga kali*. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.

(a) Allahu akbar (takbir)
(b) Subhanallah (tasbih)
(c) Alhamdulillah (tahmid)

Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: “La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim)

sumber: sini

Melatih anak berkata benar

Kisah 1:

– Kami sekeluarga makan di sebuah restoran. al kisahnya, fateh yg boleh dikatakan agak ‘picky eater’ seperti biasa tak nak makan. asyik nak minum air je. jadi kami buat deal, makan nasi dulu baru dpt air. fateh pun makan la nasi kat pinggan dia tu. kejap2 ummi jeling la pinggan fateh, tgk nasi berkurang la juga(baca: fateh makan). so, bile tgk nasi dah tinggal sikit, baru la kami bagi fateh minum air ais kegemaran dia tuh. sekali bila ummi suh habiskan lagi sikit nasi, fateh dah tak nak. entah mcm mane ummi ternampak macam nasi kat bawah kerusi fateh, nak kate terjatuh mcm banyaak je nasi kat bawah tu.. kami duk ingat fateh makan nasi, tapi rupa2nya dia buang nasi bawah kerusi!!..

Kisah 2:

– Ummi mmg selalu pesan pada fateh tentang barang yang ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ dia main. yelah budak2 kan semua benda die ingat mainan. Ni nak cite pasal hp ummi.. agaknya mmg fateh dah lama mengidam nak pegang2+main tekan2 hp ummi yg boleh lipat2 tu.. selalu ummi letak kat tempat yg x boleh dicapai oleh anak2. entah macam mane satu hari ummi just letak atas meja je..then pegi mandi. kuar2 dr toilet, tengok2 fateh dah takde kat dlm bilik..(patut la senyap jer) tetiba nampak fateh tgh kalut2 letak balik hp ummi atas meja..hmm.. ape lagi bercekak pinggang ummi ni.. bila tanya fateh buat ape tu..pandai lak dia jawab “xde pape lah”. bila ummi check hp tu.. wah! wah!..banyaknye no yg dia dah dail..

rose_line

Antara panduan yang boleh diikuti oleh ibu bapa terhadap tarbiah yang perlu diterapkan dalam diri anak pada peringkat ini termasuk:

. Mendidik anak supaya taat dan menghormati kedua ibu bapanya dengan menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya amat besar dan mereka perlu memahami dan menghormati kedua-duanya. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan mesra dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.

Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang lebih tua daripadanya. Mereka perlu disedarkan bahawa guru adalah orang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu, manakala orang lebih tua adalah orang lebih berpengalaman daripadanya.

Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik iaitu dengan melatih mereka supaya bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan kata yang baik. Ini kerana, kanak-kanak begitu sensitif dan mudah terikut-ikut terhadap apa yang didengarnya.

Mendidik anak adab bergaul dengan rakan. Mereka harus diingatkan supaya tidak meninggi diri dan jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.

Mengajar anak akan adab makan dan minum yang baik dan mengelakkan sikap tidak sopan sebaliknya mereka perlu dilatih dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.

Mengajar mereka dengan adab berpakaian yang bertujuan menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Mengajar adab tidur dan bangun dari tidur iaitu sebaik-baiknya mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum tidur dan membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.

Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas iaitu cara membuang air dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, membelakangkan kiblat dan sebagainya.

Kesimpulannya, anak adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak mereka kecil supaya apabila besar kelak mereka menjadi anak salih dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya.

Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan mencorak dan melukiskan dengan warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Sumber: http://ismaweb.net/v2/Article220.html

Karnival Wanita.. 24/10/09

karnival wanita-kecik

Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yg tinggal di kawasan Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan lain2 yg x jauh dari Bangi (yg jauh2 nk dtg pun silakan..) Jemput dtg beramai2 memeriahkan hari 鈥Karnival Wanita & Keluarga鈥 anjuran ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) cawangan Hulu Langat.

Maklumat program seperti di bawah:-

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Masjid Al Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
Masa : 8.30pagi 鈥 1.00tgh

鈥淎hlan Wasahlan鈥

Ilalliqo’ Ammu..

Selamat berangkat ke alex ammu! dah check in dah kot ni, flight kul 1130 pagi ni. as usual, ummi & keluarga x dapat pegi hantar ammu kat klia. Semoga selamat tiba ke destinasi.. lepas ni kena ngadap buku balik..rajin2 belajar ye! 馃槈

p/s: nnt nak compile gambar2 ammu ngan anak2 kecil spjg cuti neh..he

Tag Cloud