.:: Experiment, Experience & Enjoy ::.

Melatih anak berkata benar


Kisah 1:

– Kami sekeluarga makan di sebuah restoran. al kisahnya, fateh yg boleh dikatakan agak ‘picky eater’ seperti biasa tak nak makan. asyik nak minum air je. jadi kami buat deal, makan nasi dulu baru dpt air. fateh pun makan la nasi kat pinggan dia tu. kejap2 ummi jeling la pinggan fateh, tgk nasi berkurang la juga(baca: fateh makan). so, bile tgk nasi dah tinggal sikit, baru la kami bagi fateh minum air ais kegemaran dia tuh. sekali bila ummi suh habiskan lagi sikit nasi, fateh dah tak nak. entah mcm mane ummi ternampak macam nasi kat bawah kerusi fateh, nak kate terjatuh mcm banyaak je nasi kat bawah tu.. kami duk ingat fateh makan nasi, tapi rupa2nya dia buang nasi bawah kerusi!!..

Kisah 2:

– Ummi mmg selalu pesan pada fateh tentang barang yang ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ dia main. yelah budak2 kan semua benda die ingat mainan. Ni nak cite pasal hp ummi.. agaknya mmg fateh dah lama mengidam nak pegang2+main tekan2 hp ummi yg boleh lipat2 tu.. selalu ummi letak kat tempat yg x boleh dicapai oleh anak2. entah macam mane satu hari ummi just letak atas meja je..then pegi mandi. kuar2 dr toilet, tengok2 fateh dah takde kat dlm bilik..(patut la senyap jer) tetiba nampak fateh tgh kalut2 letak balik hp ummi atas meja..hmm.. ape lagi bercekak pinggang ummi ni.. bila tanya fateh buat ape tu..pandai lak dia jawab “xde pape lah”. bila ummi check hp tu.. wah! wah!..banyaknye no yg dia dah dail..

rose_line

Antara panduan yang boleh diikuti oleh ibu bapa terhadap tarbiah yang perlu diterapkan dalam diri anak pada peringkat ini termasuk:

. Mendidik anak supaya taat dan menghormati kedua ibu bapanya dengan menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya amat besar dan mereka perlu memahami dan menghormati kedua-duanya. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan mesra dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.

· Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang lebih tua daripadanya. Mereka perlu disedarkan bahawa guru adalah orang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu, manakala orang lebih tua adalah orang lebih berpengalaman daripadanya.

· Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik iaitu dengan melatih mereka supaya bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan kata yang baik. Ini kerana, kanak-kanak begitu sensitif dan mudah terikut-ikut terhadap apa yang didengarnya.

· Mendidik anak adab bergaul dengan rakan. Mereka harus diingatkan supaya tidak meninggi diri dan jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.

· Mengajar anak akan adab makan dan minum yang baik dan mengelakkan sikap tidak sopan sebaliknya mereka perlu dilatih dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.

· Mengajar mereka dengan adab berpakaian yang bertujuan menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

· Mengajar adab tidur dan bangun dari tidur iaitu sebaik-baiknya mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum tidur dan membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.

· Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas iaitu cara membuang air dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, membelakangkan kiblat dan sebagainya.

Kesimpulannya, anak adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak mereka kecil supaya apabila besar kelak mereka menjadi anak salih dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya.

Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan mencorak dan melukiskan dengan warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Sumber: http://ismaweb.net/v2/Article220.html

Comments on: "Melatih anak berkata benar" (2)

  1. bagusnya panduan ni….saya ingin minta izin ingin mengambil panduan ini utk di letak dlm blog saya. saya punya anak yg sdg membesar, byk sgt cabarang mendidik anak di zmn skrg…
    harap anda tak keberatan yer…terima kasih. saya akan creaditkan le blog anda. terima kasih sekali lagi

  2. salam perkenalan fiza😉 sila la, ape yg baik boleh di ambil.. mmg letak kat blog ni pun utk sharing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: